Polis kini memburu baki 69 lagi tahanan etnik Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sementara Relau di Sungai Bakap, Pulau Pinang pada Rabu lalu.
Bilangan terkini tahanan yang masih bebas itu dikeluarkan selepas tiga lagi tahanan ditahan pihak polis.